Profil

Pengenalan

Logo Azmida

 

PUSAT BERTAULIAH AZMIDA TRAINING CENTRE adalah sebuah anak syarikat ADAWIYAH GLOBAL VENTURES (1017656-K) yang merupakan Syarikat Bumiputra, ditubuhkan pada Jun 2011 dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah JPK pada tahun yang sama. Pusat Bertauliah Azmida Training Centre (L02238) sering mengadakan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PPKM) dan Kursus Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3) serta kursus-kursus jangka pendek.

Azmida Training Centre juga telah mendapat pentauliahan dari JPK untuk program Juruteknik Elektrik (EE-320 -2 & 3), Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (IT-080-2,3) dan Eksekutif Sistem Maklumat (D-060-4).

Pusat Bertauliah ini juga menawarkan perkhidmatan perunding untuk pembangunan Bahan Pembelajaran (WIM) dan Pusat Bertauliah JPK. Selain daripada kursus-kursus yang telah dinyatakan, Pusat Bertauliah ini juga menawarkan khidmat perunding Motivasi, Coaching and Mentoring, Kaunseling, Audit, Keselamatan dan Pengurusan.

Sejak penubuhannya, Pusat Bertauliah ini telah melahirkan ramai personel berkualiti, kompeten dan berketerampilan.

Adalah menjadi harapan Pusat Bertauliah ini menjadi sebuah Pusat Latihan yang berdaya saing dan maju seiring dengan kehendak pasaran semasa.

Visi

Menjadi perintis dalam melahirkan teknokrat berkualiti dan berketrampilan.

Misi

Menyediakan pendidikan dan latihan yang relevan dan berterusan bagi melahirkan professional yang berkebolehan menyumbang kepakaran dalam pendidikan dan pembangunan industri negara.

Misi

azmida_carta organisasi penuh

Objektif Penubuhan Pusat Bertauliah

  • Membantu usaha kerajaan merealisasikan pertambahan sumber tenaga mahir ke arah mencapai Wawasan 2020.
  • Melatih individu yang berminat di dalam bidang kemahiran.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam bidang Pendidikan Akademik untuk mengikuti Bidang Kemahiran.
  • Menyediakan modal insan yang cemerlang dalam Latihan Kemahiran.
  • Pembangunan Nilai Tambah (Value Added) kepada Tenaga Pengajar dalam Pengetahuan, Prestasi, Disiplin, Keyakinan Kepimpinan & Responsive terhadap perubahan persekitaran antarabangsa.

Perancangan Masa Hadapan

Azmida Training Centre akan menawarkan kursus-kursus seperti:

  • Kursus Eksekutif Latihan Vokasional (VTE I-303-4)
  • Kursus Pengurus Latihan Vokasional (VTM I-303-5)

Kedua-dua kursus ini sedang dalam rancangan permohonan pentauliahan dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).